Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner dengar keterangan saksi kanak-kanak ke-14

Iklan
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu mendengar keterangan saksi kanak-kanak ke-14 dalam Inkues Zara Qairina yang kini memasuki hari ke-23 prosiding.

KOTA KINABALU - Saksi ke-23 yang merupakan kanak-kanak ke-14 hadir bagi memberi keterangan dalam Inkues Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.

Prosiding memberi keterangannya melalui 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Iklan
Iklan

Dalam prosiding yang memasuki hari ke-23 itu, saksi kanak-kanak berkenaan ditemani abangnya sebagai pendamping.

Inkues turut dihadiri oleh pasukan-pasukan peguam yang dibenarkan Mahkamah Koroner menjadi pihak berkepentingan bagi mewakili anak guam masing-masing termasuk ibu dan bapa Zara Qairina.

Iklan

Sebelum itu, salah seorang peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh memaklumkan bahawa pakar pemeriksa tulisan dan dokumen, Dr Linthini Gannetion, turut hadir ke mahkamah pada Rabu bagi menjalankan sesi kedua pemeriksaan tulisan dan dokumen.

Sementara itu, katanya, Pasukan Pemeriksa Dokumen Forensik yang dianggotai tiga pakar telah mengakhiri pemeriksaan dokumen melibatkan eksibit berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Selasa.

Iklan

Pemeriksaan dokumen pusingan kedua itu berakhir pada hari ketiga selepas dimulakan pada Jumaat lalu.

Pasukan pemeriksa dokumen tersebut terdiri daripada Tay Eue Kam (Dokumen Forensik Bebas), Dr Dzulkiflee Ismail dan Dr Wan Nur Syuhaila Mat Desa (Pensyarah dan Penyelidik Kanan, Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM)).

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.