Apa dah jadi parti Bersatu?

Iklan
Pemecatan Wan Saiful dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal cetus persoalan besar dalam Bersatu.

TERKEJUT beruk Awang bila baca berita bahawa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dipecat daripada Bersatu. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal wakil Machang pula digantung keahliannya selama satu penggal.

Apa sudah jadi Bersatu? Apa agaknya dosa Wan Saiful yang khabarnya menjadi mastermind operasi PRU lepas yang banyak beri kemenangan pada PN? Apakah pula kes jurucakap Bersatu yang amat lantang di Parlimen, Wan Ahmad Fayhsal? Selain Wan Saiful, enam yang lain turut dipecat. Khabarnya mereka melanggar perlembagaan dan tatakelakuan parti.

Iklan
Iklan

Ini berita besar betul. Lebih besar daripada janji Tuk Seri Hamzah Zainuddin yang nak bagi RM6,000 kepada setiap rakyat Malaysia kalau PN jadi kerajaan. Kesian, berita itu tenggelam oleh sebab berita pemecatan Wan Saiful dan digantungnya Wan Ahmad Fayhsal.

Bagi Awang, Wan Saiful ini macam benih yang baik, buang ke mana jadi pokok. Jadi tak kisah sangatlah masa depan dia berparti. Tentulah dia boleh pilih antara PKR atau UMNO atau mungkin juga Pas. Wan Ahmad Fayshal ni susah sikit, dia lukakan hati semua orang dari semua parti, termasuk partinya sendiri.

Iklan
Iklan

Ada yang kata ini proses “pembersihan” kelompok yang nak tumbangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin. Gitulah yang Awang dengar.