KUALA LUMPUR - Kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, kesemua hasil penyelesaian tunai daripada ketiga-tiga institusi kewangan berkenaan telah diterima sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kendalian MOF.