[VIDEO] Kes tikam pelajar Tingkatan Tiga tiada kaitan buli - Polis

Iklan

PETALING JAYA - Tiada elemen buli dikenal pasti dalam kejadian kes tikam seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, soal siasat lanjut masih dijalankan termasuk merekod keterangan dan rakan mangsa.

Iklan
Iklan

"Setakat ini siasatan awal polis mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.

"Tetapi soal siasat lanjut kita akan jalankan kalau timbul perkara-perkara lain. Pegawai penyiasat berada di sekolah dan saya belum dapat pastikan berapa lagi keterangan akan diambil," katanya kepada pemberita di hadapan sekolah terbabit di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, bedah siasat mangsa akan dilaksanakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengetahui punca kematian.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan.

Iklan

Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun.