Dunia sukan bersatu kutuk kekejaman Israel di Gaza

Iklan
Penyokong tuan rumah turut mengibarkan bendera Palestin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Norway menentang Israel di Oslo pada Sabtu lalu. FOTO: Agensi

DUNIA sukan antarabangsa kini bangkit menentang kekejaman Israel di Gaza yang telah memasuki tahun kedua dengan pelbagai atlet, kelab dan badan sukan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Di Eropah, Sepanyol menjadi antara negara paling lantang apabila kelab bola keranjang berpangkalan di negeri Basque seperti FC Barcelona Basquet dan Bizkaia Gernika enggan meminjamkan pusat latihan atau menentang pasukan dari Israel atas dasar kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Pedro Sanchez turut menggesa penggantungan Israel daripada semua acara sukan antarabangsa.

Turkiye pula antara negara terawal mengecam serangan kejam itu, dengan penyokong memenuhi stadium membawa sepanduk dan bendera Palestin sebagai tanda sokongan.

Iklan

Di Norway, hasil jualan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Israel disalurkan kepada bantuan kemanusiaan di Gaza.

Beberapa kelab seperti Bodo/Glimt turut menyumbangkan pendapatan perlawanan mereka kepada Palang Merah.

Iklan

Bintang F1, Lewis Hamilton antara atlet ternama dunia yang mengecam krisis kemanusiaan di Gaza berpunca sekatan berterusan Israel. Foto: Agensi

Antara atlet terkenal yang bersuara termasuk juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton dan legenda Perancis Eric Cantona dan bintang Mesir, Mohamed Salah yang mengkritik Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana gagal menjelaskan kematian bekas pemain Palestin, Suleiman Al-Obaid akibat serangan Israel.

Gerakan penyokong seperti Show Israel the Red Card pula kini merebak ke seluruh dunia termasuk di stadium Scotland, Itali, Belanda dan Jerman, di mana peminat sukan mendesak pemulauan terhadap pasukan Israel.

Sementara itu, dunia sukan Gaza musnah sama sekali di mana lebih 800 atlet Palestin terbunuh sejak genosid bermula, termasuk 420 pemain bola sepak, manakala 90 peratus kemudahan sukan di wilayah itu musnah dibedil.