Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Gabenor BNM
Iklan
Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah. Gambar hiasan. Gambar kecil: Abdul Rasheed
RINGGIT dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
"Sasaran ini mungkin boleh (dicapai) menerusi prospek ekonomi yang cerah," katanya ketika ditanya mengenai potensi itu selepas pelancaran Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini dilaporkan berkata, ringgit dijangka terus mencatat kenaikan berikutan perbelanjaan domestik yang kukuh serta langkah fiskal berhemat kerajaan yang membantu meredakan impak tarif Amerika Syarikat (AS).
Amir Hamzah berkata, mata wang tempatan itu mungkin mengukuh"bawah sedikit” RM4 berbanding dolar AS dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Iklan
Menurut Kementerian Kewangan dalam Tinjauan Ekonomi 2026 yang dikeluarkan baru-baru ini, ringgit mengukuh kepada RM4.2253 atau meningkat 5.8 peratus berbanding dolar AS bermula awal tahun ini hingga akhir Ogos 2025.
Menurut laporan itu, ringgit turut meningkat berbanding beberapa mata wang Asia seperti rupiah Indonesia (8.2 peratus), peso Filipina (4.3 peratus) dan renminbi China (3.4 peratus) sekali gus mengekalkan kedudukan antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
Iklan
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.2265/2295 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2260 semasa ditutup pada Jumaat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>