Kibar bendera Israel: Polis Kelantan ambil keterangan penganjur hari ini

Iklan
Polis Kelantan mengambil keterangan pada Isnin terhadap Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan mengambil keterangan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, proses itu akan berlangsung hari ini (Isnin) bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel adalah menjadi satu kesalahan.

Iklan

Sinar Harian melaporkan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu memohon maaf di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.

Menurut Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, beliau turutbersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Iklan

Sebelum itu tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim zionis iu.

Menurut Mohd Khairul Hafiz itu hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak.