Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Iklan
Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta

KOTA TINGGI - Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 44.4 Lebuhraya Senai–Desaru, pada awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan berkenaan pada jam 12.01 tengah malam.

Iklan
Iklan

“Siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira jam 12.01 tengah malam itu, mangsa berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Desaru menuju ke Pasir Gudang.

"Dalam masa sama, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki tempatan berumur 30 tahun dari arah Pasir Gudang ke Desaru telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

Iklan

Siasatan mendapati pemandu kereta telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke tebing jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah kedua-dua kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Sohaimi berkata, pemandu kereta terbabit pula dilaporkan mengalami luka di bahagian kepala dan telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.