Remaja lelaki maut dalam nahas enam kenderaan

Iklan
Keadaan salah sebuah motosikal dan bas yang terbabit dalam nahas berkenaan. - Foto: IPD Batu Pahat

BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam nahas membabitkan lima kenderaan lain di Kilometer (KM) 75.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu melibatkan sebuah bas, sebuah kereta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tiga buah motosikal.

Iklan
Iklan

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila tiga motosikal dari arah utara menuju selatan terlibat dalam kemalangan sesama sendiri.

“Keadaan itu menyebabkan seorang penunggang dan pemboncengnya daripada sebuah motosikal terjatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah bas, kereta dan MPV dari arah sama yang tidak sempat mengelak.

Iklan
Keadaan kereta dan MPV yang terlibat dalam nahas terbabit. - Foto: IPD Batu Pahat

“Akibatnya, pembonceng motosikal, Muhammad Ammar Zafran Khairul Nizam, 14, mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Sementara itu, Shahrulanuar Mushaddat berkata, penunggang motosikal berusia 16 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

Iklan

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya.