PN akan bentang belanjawan alternatif Isnin ini

Iklan
Takiyuddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan belanjawan alternatif ketika sesi perbahasan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembentangan tersebut akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebagai tawaran dan pandangan balas terhadap Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Kita akan berikan tawaran serta pandangan yang merupakan belanjawan alternatif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di sini pada Sabtu malam.

Menurut Takiyuddin, Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan tidak mempunyai banyak perubahan terutama dalam membantu rakyat.

Iklan

Ujarnya, PN seboleh-bolehnya mahu kerajaan memberikan penekanan kepada peningkatan kos sara hidup.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM470 bilion bagi Belanjawan 2026, iaitu lebih besar berbanding RM452 bilion pada tahun ini.

Iklan

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, belanjawan kali ini akan mengumpul dan mengoptimumkan sumber negara termasuk dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), badan berkanun Persekutuan dan syarikat milik kerajaan (MKD) melalui perbelanjaan awam.