JERUSALEM – Seorang anggota tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) maut selepas terkena tembakan tidak disengajakan oleh rakannya sendiri, seorang pegawai Polis Sempadan di rumahnya di Kiryat Arba, lapor media tempatan baru-baru ini.
Mangsa, Yosef Chaim Rabuch, ketika itu sedang bercuti dan berada di rumah apabila insiden berlaku.
Iklan
Iklan
Menurut laporan, pegawai polis berkenaan dipercayai sedang menunjukkan sesuatu menggunakan senjatanya sebelum peluru dilepaskan secara tidak sengaja dan mengenai Rabuch, menyebabkan kecederaan parah.
Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Mahkamah Majistret Jerusalem pada malam Isnin memerintahkan penahanan suspek dilanjutkan selama lima hari, manakala Jabatan Siasatan Polis (PID) telah mendakwa pegawai berkenaan atas tuduhan membunuh tanpa niat.
Difahamkan, kedua-dua mereka merupakan rakan karib dan merancang untuk keluar bersama sebelum insiden tragik itu berlaku.
Dalam kenyataan susulan kejadian, Majlis Tempatan Kiryat Arba menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Rabuch. - Agensi