RENTAK cemerlang beregu muda negara, Choong Hon Jian–Muhammad Haikal Nazri terhenti di pentas separuh akhir Terbuka Artik Super 500 selepas tewas kepada pasangan England, Ben Lane–Sean Vendy di Energia Areena, Vantaa, Finland, pada Sabtu.
Pasangan negara yang tidak disenaraikan sebagai pilihan itu terpaksa akur apabila tumpas 16-21, 23-25 dalam pertarungan 47 minit kepada beregu ranking ke-15 dunia tersebut yang menamatkan perjalanan epik mereka di kejohanan berprestij itu.