Kembalikan kuasa merotan kepada guru - Akmal Saleh

Iklan
Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa agar kuasa merotan dikembalikan kepada guru sebagai langkah mendidik dan mendisiplinkan pelajar di sekolah.

Beliau berkata, tindakan merotan bukan bertujuan untuk mencederakan, sebaliknya sebagai bentuk pengajaran agar pelajar memahami kesalahan mereka.

Iklan
Iklan

“Sebab itu kita bersetuju untuk kembalikan semula kuasa merotan kepada guru. Jika tiada rasa takut, maka susah nak timbul rasa hormat, akhirnya lahirlah manusia yang kurang ajar.

“Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati – agar menjadi manusia yang beriman di masa mendatang,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden membabitkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka yang dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior.

Lebih menjijikkan, perbuatan itu dirakam dan ditonton dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah sekitar jam 2.50 petang minggu lalu.

Iklan

Kejadian yang berlaku pada 2 Oktober terbongkar selepas rakaman video tidak bermoral itu tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan diketahui oleh ibu mangsa pada petang Jumaat.