BELANJAWAN 2026 memperuntukkan nilai keseluruhan tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM470 bilion, meningkat berbanding RM452 bilion pada tahun ini.
Bertemakan Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat, jumlah itu merangkumi RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus persekutuan, RM81 bilion untuk pembangunan persekutuan dan RM30 bilion bagi pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Dengan sembilan tekad utama dan berpaksikan tiga tonggak Ekonomi Madani, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, dokumen belanjawan kali ini adalah bukti bahawa kerajaan memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional yang menyeluruh.
Berikut adalah 13 manfaat baharu untuk rakyat.
BANTUAN TUNAI LANGSUNG
- Program STR & SARA diteruskan dan diperluas kepada lebih banyak rakyat.
PENDIDIKAN PERCUMA IPTA
- Pembiayaan PTPTN dihapuskan untuk 5,800 pelajar B40 yang layak di IPTA.
PELUANG PEKERJAAN DOKTOR
- 4,500 doktor kontrak akan diserap menjadi pekerja tetap pada tahun 2026.
- Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dinaikkan sekitar 40 peratus
KOMUNITI LEBIH SEJAHTERA
RM1 bilion diperuntukkan untuk program komuniti seperti Sekolah Angkat, Kampung Angkat dan aktiviti ekonomi tempatan.
KOS SARA HIDUP TERKAWAL
Program Jualan Rahmah diteruskan untuk membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan harian.
SOKONGAN KESIHATAN TELITI
- Hasil cukai produk tidak sihat (rokok & arak) disalur untuk rawatan penyakit paru-paru, diabetes dan jantung.
_ Sebanyak RM60 juta dana bersama Kerajaan dan industri disediakan bagi memperkenalkan produk insurans asas mampu milik untuk semua dan melaksanakan Diagnosis Related Group (DRG)
SOKONGAN PETANI & NELAYAN
Subsidi, bantuan dan insentif kepada pesawah dan nelayan ditambah baik untuk jamin pendapatan lebih mampan.
PELANCONGAN DIPACU
Sasaran 47 juta pelawat dengan peruntukan RM700 juta untuk merancakkan ekonomi dan peluang perniagaan.
PERLINDUNGAN PEKERJA GIG
Perlindungan sosial melalui KWSP & PERKESO diperkukuh untuk keselamatan pekerjaan yang lebih baik.
- Tambahan 80 ribu lagi pembeli rumah pertama ditawarkan jaminan SJKP yang meningkat sehingga RM 20 bilion
PENJANAAN EKONOMI KAMPUNG
Dana Sejati MADANI menyediakan sehingga RM100,000 bagi setiap kampung untuk program ekonomi komuniti.
PENGHARGAAN KEPADA PENJAWAT AWAM
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah
- Kadar Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak KEMAS daripada RM300 kepada RM500 sebulan.
- Kenaikan gaji hakim sehingga 30 peratus
PENDIDIKAN DIPERKASA
- Hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak dan 38 buah sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.
- 150 ribu murid OKU menerima elaun RM150 sebulan
- RM870 juta Rancangan Makanan Tambahan untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada 870 ribu murid
PENGUKUHAN SYIAR ISLAM
- Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000 daripada RM3,000
- Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan Haji terhad kepada penebusan RM10,000 ribu dengan peruntukan RM10 juta.
- Sumbangan khas RM500 kepada lantikan kontrak dengan guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.