Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok terlalu kecil, vape diabaikan

Iklan
MyWATCH kecewa kenaikan cukai rokok dalam Belanjawan 2026 hanya 2 sen sebatang, tanpa kawalan ke atas vape. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) amat kecewa apabila kenaikan cukai eksais rokok dalam Belanjawan 2026 terlalu kecil iaitu 2 sen setiap batang daripada 40 sen kepada 42 sen mulai 1 November 2025.

Persiden MyWATCH, Roslizawati Md Ali berkata, keputusan itu ibarat melepaskan batuk ditangga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sedangkan cukai rokok tidak pernah dinaikkan sejak tahun 2015, walaupun kadar inflasi dan kos rawatan penyakit berkaitan tembakau semakin meningkat.

"Kenaikan 2 sen ini adalah terlalu kecil dan tidak akan memberi kesan ketara terhadap pengurangan tabiat merokok, terutama dalam kalangan remaja, apatah lagi beban perubatan yang ditanggung kerajaan.

Iklan

"Dalam advokasi terdahulu, MyWATCH telah menggesa supaya cukai dinaikkan sekurangkurangnya kepada 75 sen setiap batang.

"Ia mengambil iktibar saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)serta menghormati penjanjian Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang telah dimeterai sejak 2005, bagi memastikan pengurangan permintaan yang bermakna," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah Roslizawati, pihaknya turut kesal kerana tiada sebarang cukai atau peraturan dikenakan ke atas produk vape dan rokok elektronik dalam Belanjawan 2026.

Jelasnya, ketiadaan kawalan ini menyebabkan pasaran vape terus berkembang tanpa sekatan dengan produk berperisa dan bergula terus menarik minat kanak-kanak serta remaja.

"Ia dilihat seolah-olah pengiktirafan ke atas produk-produk amalan merokok seperti vape dan e-cigarette serta gejala budaya kurang sihat.

"Oleh itu, MyWATCH menggesa kerajaan supaya segera mengenakan cukai lebih tinggi atas duti eksais tembakau serta larangan sepenuhnya ke atas semua produk vape termasuk meletakkan semula produk yang mengandungi nikotin di bawah Akta Racun dan kawalan Kementerian Kesihatan,"ujarnya.

Beliau memberitahu, MyWATCH juga mencadangkan agar hasil tambahan daripada cukai rokok dan alkohol disalurkan terus kepada program pencegahan, berhenti merokok serta pendidikan awam.

"Bukan sekadar rawatan, bak pepatah mencegah lebih baik dari mengubati, meringankan beban kesihatan dan sosio-ekonomi," ulasnya.