Belanjawan 2026 catat sejarah peruntukan tertinggi untuk Sabah, Sarawak- Fadillah

Iklan
Fadilah (tengah) ketika sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2026, di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Perutukan RM6.9 bilion dan RM6 bilion, masing-masing untuk Sabah dan Sarawak merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah diterima kedua-dua negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak menerusi semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga ditingkatkan kepada RM600 juta.

Iklan
Iklan

"Ini membuktikan kerajaan Madani memberi penekanan terhadap pembangunan negeri Sabah dan Sarawak melalui pelaburan strategik dalam tenaga, air, jalan raya dan digitalisasi," katanya dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2026, di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Air menjelaskan, Belanjawan 2026 memfokuskan aspek urus tadbir kewangan dan pemberiaan manfaat kepada semua pihak, termasuk rakyat dan pelbagai sektor ekonomi.

Iklan

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, ia antara lain turut menyeimbangkan kestabilan ekonomi dengan kesejahteraan selain penekanan tatakelola bagi memastikan tanggungjawab fiskal, berbelanja dengan baik dengan setiap penjimatan akan dipulangkan kepada rakyat.

"Inilah asas kepada keyakinan ekonomi negara. Kita melindungi rakyat hari ini, membina masa depan mapan dan akhirnya mencipta kemakmuran negara.

Iklan

"Belanjawan juga menekankan aspek kemampanan iaitu belanja dengan bijak untuk rakyat, urus kewangan negara secara berhemah demi perlindungan masa depan negara, ketelusan serta integriti untuk memacu keyakinan pelabur dan rakyat.

"Akhirnya kita akan dapat memastikan konteks ketahanan iaitu setiap keluarga ada ruang untuk membina semula kehidupan mereka," ujarnya.