KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hadir ke Dewan Rakyat pada petang Jumaat bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2026.
Walaupun masih dalam tempoh cuti sakit dan dinasihatkan supaya berehat, beliau tetap berpendapat pembentangan belanjawan adalah acara penting yang hanya berlangsung sekali setahun serta melibatkan kepentingan seluruh rakyat, khususnya sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.
Iklan
Iklan
Setiausaha Akhbarnya, Adeysham Nor berkata, Mohamad tidak dapat menerima sebarang temuramah memandangkan beliau akan terus pulang ke rumah untuk berehat seperti dinasihatkan oleh doktor.
"Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas doa, ucapan serta sokongan yang diberikan oleh semua pihak sepanjang tempoh pemulihan," katanya.
Terdahulu, Mohamad menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas terdapat simptom keletihan.