KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan khas kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.
Iklan
Iklan
Katanya, bantuan itu akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.
"Kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.