KUALA LUMPUR - Had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) untuk tujuan menunaikan haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat (CGR) kepada penjawat awam turut diperluas untuk menunaikan haji.
Iklan
Iklan
"Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000.
"Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sedemikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.