KUALA LUMPUR - Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia kerana kereta yang melebihi 20 tahun tidak ekonomik dan berisiko menjejaskan keselamatan.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.