Belanjawan 2026: PM umum elaun sara hingga RM300 sebulan kepada nelayan

Iklan
Kerajaan juga menyediakan RM20 juta supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan elaun sara sehingga RM300 sebulan untuk nelayan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif hasil tangkapan pula diberikan dengan peruntukan RM160 juta.

Iklan
Iklan

"Dalam masa sama kerajaan tetap mengekalkan diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk nelayan.

"Kerajaan juga menyediakan RM20 juta supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, mereka dapat menggantikan pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot bagi mengurangkan vesel tidak lestari.