KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan RM2.62 bilion untuk pesawah pada 2026, menjadikan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merangkumi pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih serta insentif pengeluaran padi.
Iklan
Iklan
"Bermula tahun ini, Kerajaan Madani menaikkan kadar insentif pembajakan dan insentif racun, dinaikkan masing-masing kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim.
"Kerajaan juga memperkenalkan insentif baharu iaitu Insentif Penuaian Padi 50 ringgit sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dianggarkan setiap pesawah menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar ketimbang RM3,790 sehektar bagi setiap musim.