[VIDEO] Belanjawan 2026: Pengecualian duti aksais, cukai jualan untuk pemandu teksi beli kereta nasional baharu

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan turut mengumumkan berita gembira buat pemandu teksi dalam Belanjawan 2026 dengan meneruskan pengecualian 100 peratus duti eksais dan pengecualian 100 peratus cukai jualan ke atas pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian tersebut layak dinikmati oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian. 

Iklan
Iklan

"Bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi, HRD Corp menyediakan RM10 juta untuk menanggung kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi berlesen yang bercarum menjalani latihan peningkatan kapasiti," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar etika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Sebelum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2026 akan menyaksikan pengembangan dalam perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu.

Ia meliputi RM338.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan, RM81 bilion belanja pembangunan (DE) Persekutuan, RM30 bilion pelaburan syarikat pelaburan awam berkaitan kerajaan (GLIC), RM10 bilion pelaburan awam-swasta dan RM10.8 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Iklan