KUALA LUMPUR - Kerajaan terus menyemangati makna wakaf demi maslahat ummah menerusi Belanjawan Madani yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang menerusi Projek Taman Wakaf Seetee Aisah Fasa 2 dan Fasa 3 serta Taman Sultan Sallehuddin Fasa 1B dan 2B dengan nilai pelaburan hampir RM250 juta.