Belanjawan 2026: Kerajaan jimat RM15.5 bilion setahun laksana penyasaran subsidi

Iklan
Pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan dapat menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun menerusi pelaksanaan penyasaran subsidi secara keseluruhan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengapungan harga ayam dan telur memberi penjimatan sebanyak RM1 bilion serta harga ayam terkawal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu penyasaran subsidi dan penstrukturan tarif elektrik memberikan penjimatan purata sebanyak RM6 bilion.

"Malah, 85 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan tarif dan ada yang menikmati penurunan bil.

Iklan

"Dalam masa sama, penyasaran subsidi diesel mampu jimatkan RM5 bilion. Malah, sektor pengangkutan awam, nelayan dan logistik tertentu terus menerima harga diesel bersubsidi manakala RM200 sebulan diberikan kepada pemilik individu, petani serta pekebun kecil.

"Penyasaran subsidi RON95 berpotensi menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion. Rakyat juga dapat menikmati harga minyak lebih rendah RM1.99," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Anwar yang juga Menteri kewangan berkata, urusan Budi Madani RON95 (BUDI95) berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter.

Jelasnya, pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23 ribu pemilik perahu berdaftar.

"Sementara lebih 52 ribu pemandu e-hailing aktif berdaftar, kebanyakan di Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Tambahnya, kerajaan menyasarkan subsidi supaya dana awam sampai kepada rakyat.

Jelasnya, semua pimpinan kerajaan sebelum ini mengakui keperluan melaksanakan penyasaran subsidi.

"Namun, ia tertangguh kerana tiada tekad politik yang jitu.

"Memaknai subsidi ialah keistimewaan rakyat Malaysia dan bukan untuk warga asing, bukan syarikat besar," katanya.