KUALA LUMPUR - Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya seperti yang diumumkan sebelum ini, sudah diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setelah penggubalan Akta Kredit Pengguna, kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna untuk memasukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.