KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan hanya bagi kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 bermula 1 Januari 2026.
Katanya, langkah itu diambil bagi mengekang ketirisan dan penyalahgunaan keistimewaan cukai oleh pemilik kenderaan mewah yang semakin mengambil kesempatan terhadap kemudahan berkenaan.