Belanjawan 2026: Anwar menuju ke Parlimen

Iklan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026, yang dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan fiskal, peningkatan hasil negara serta kelegaan kepada rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.

Beliau berlepas dari Kementerian Kewangan sekitar jam 3.30 petang, diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Iklan
Iklan

Sebelum berangkat, doa selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengukuhan) Unit Integriti MoF, Muhamad Fierdauss Rosli bagi memohon kelancaran pembentangan bajet kali ini.

Belanjawan 2026 merupakan Belanjawan Madani keempat sejak Anwar mengambil alih pentadbiran pada akhir 2022.

Iklan

Anwar, yang memakai baju Melayu berwarna biru muda kelihatan tenang dan menunjukkan isyarat bagus ketika ditanya mengenai berita baik untuk M40.

Mengangkat tema Memacu Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, belanjawan kali ini dijangka menekankan aspek pendigitalan perkhidmatan kerajaan, pembangunan tenaga boleh diperbaharui, dan peningkatan produktiviti sektor awam serta swasta.

Iklan

Tumpuan juga dijangka diberikan kepada program bantuan tunai dan subsidi bersasar, inisiatif upah progresif serta pengukuhan daya tahan ekonomi domestik menjelang ketidaktentuan global tahun depan.

Belanjawan 2026 dijangka dibentangkan pada jam 4 petang di Dewan Rakyat.