Telan 8 ekor katak hidup-hidup untuk rawat sakit belakang

Iklan
Zhang percaya kaedah rawatan itu berdasarkan cerita rakyat. Foto Agensi

BEIJING - Seorang wanita berusia 82 tahun sanggup menelan hidup-hidup lapan ekor katak yang didakwa sebagai rawatan tradisional untuk memulihkan sakit belakang dialaminya.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan kaedah tidak konvensional itu bagaimanapun menyebabkan Zhang mengalami sakit perut yang teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital di Hangzhou, wilayah Zhejiang.

Iklan
Iklan

"Kesakitan melampau menyebabkan dia kini tidak lagi boleh berjalan," menurut anak lelakinya.

Difahamkan, warga emas itu mengalami cakera tergelincir untuk tempoh yang agak lama.

Iklan

Menurut doktor, kepercayaan terhadap teori pelik berdasarkan cerita rakyat itu telah menjejaskan sistem pencernaan termasuk diserang parasit sparganum.

Zhang bernasib baik kerana beransur pulih selepas dua minggu mendapatkan rawatan dan dibenarkan untuk discaj dari hospital. - Agensi

Iklan