Mayat lelaki ditemui disumbat dalam beg dengan kesan kelar, tangan diikat

Iklan
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui di dalam sebuah beg di Flat Ampang Jajar pada Khamis.

BUTTERWORTH – Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan yang diikat ditemui disumbat di dalam sebuah beg di belakang Flat Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.43 petang itu, mayat lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemui oleh seorang pekerja pembersihan yang sedang menjalankan tugas rutin di kawasan flat berkenaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kepala mangsa turut diserkup menggunakan plastik.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan awal polis dan pasukan forensik mendapati mangsa dipercayai baru dibunuh berdasarkan keadaan mayat serta kesan kecederaan yang ditemui.

Iklan

Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibungkus dan dicampak di kawasan belakang flat tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Iklan

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.