Lelaki maut dihempap jentera pengorek

Iklan
Lelaki maut tersepit bawah jentera pengorek yang terbalik.

JELEBU - Seorang lelaki maut selepas jentera pengorek yang dipandunya terbalik ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun di Kampung Ulu Jelebu di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.35 petang apabila mangsa yang berusia 31 tahun dipercayai gagal mengawal jentera berat itu ketika mendaki kawasan berbukit.

Iklan
Iklan

“Akibat insiden itu, jentera berkenaan terbalik dan mangsa yang juga warga Indonesia tersepit di bawah kenderaan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Bilik Forensik Hospital Jelebu pada Rabu mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan akibat kemalangan industri.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Jelebu, Sub Inspektor Abas Mohamed di talian 010-8649229 bagi membantu siasatan," katanya.