KOTA BHARU – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa dikenali sebagai Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam.
Iklan
Iklan
“Remaja ini mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berbadan kurus serta berkulit putih,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, usaha mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Ujarnya, mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 017-3204261, atau menghubungi Hotline IPD Kota Bharu di 09-7752200, Hotline IPK Kelantan di 09-7455622, atau mana-mana balai polis berhampiran.