Tak sedar lampu merah, pemandu rempuh dua pelajar sekolah

Iklan
Tular video memaparkan sebuah kereta melanggar dua pelajar berdekatan sebuah sekolah di Sentul.

KUALA LUMPUR – Dua pelajar perempuan dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 14 tahun dipercayai sedang melintasi jalan di Jalan Sentul sebelum dilanggar sebuah Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun.

Iklan
Iklan

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pelajar berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan menerima rawatan di hospital berhampiran.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai tidak menyedari lampu isyarat merah semasa melalui lokasi kejadian.

Iklan

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pelajar berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan menerima rawatan di hospital berhampiran.

"Pemandu berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah kereta melanggar dua pelajar berdekatan sebuah sekolah di sini.