Amorim dipecat sebelum Krismas?

Iklan
Amorim masih mencari formula sesuai untuk memacu kejayaan United. FOTO: Agensi

'OTAI' Liga Perdana Inggeris (EPL), Jamie Carragher meramalkan pengurus Manchester United, Ruben Amorim akan dipecat sebelum Krismas, sambil menyifatkan tempoh pengedali dari Portugal itu di Old Trafford sebagai satu malapetaka.

Bekas pertahanan Liverpool itu berkata, Amorim kini berada pada tahap di mana jawatannya tidak lagi dapat dipertahankan, meskipun kemenangan 2-0 ke atas Sunderland baru-baru ini sedikit meredakan tekanan.

Iklan
Iklan

“Statistiknya amat lemah di mana selepas 50 perlawanan, United hanya menjaringkan dua gol lebih banyak daripada yang dibolosi,” katanya.

Carragher turut mendakwa pihak pengurusan United masih belum bertindak kerana enggan mengakui kesilapan melantik Amorim, namun yakin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan