Pesawat bawa sukarelawan GSF selamat mendarat di KLIA

Iklan
Suasana sambutan di KLIA 1 bagi menyambut ketibaan sukarelawan GSF ke Malaysia pada Selasa. Foto Sinar -ASRIL ASWANDI SHUKOR

SEPANG - Pesawat Emirates yang membawa 27 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebentar tadi.

Berdasarkan aplikasi Flight Radar 24, pesawat tersebut yang bertolak jam 11.14 pagi waktu tempatan tiba di tanah air jam 10.07 malam.

Iklan
Iklan

Difahamkan mereka kini berada di bilik menunggu sebelum dibawa ke balai ketibaan untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing sebelum satu sidang akhbar diadakan sejurus selepas itu.

Daripada jumlah itu, 23 sukarelawan telah ditahan oleh tentera Israel selepas kapal mereka dipintas ketika menghampiri perairan Gaza.

Iklan

Mereka ialah Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah, Nurfarahin Romli (Farah Lee), Zizi Kirana, Danish Nazran Murad, dan Ardell Aryana.

Turut ditahan ialah PU Rahmat, Musa Nuwayri, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Iylia Balqis, Sul Aidil, Zulfadhli Khiruddin, Rusydi Ramli, Razali Awang, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak, Zainal Rashid, Ustaz Muhammad Abdullah, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhd Haikal Luqman Zulkefli, dan Taufiq Mohd Razif.

Iklan

Sementara itu, empat lagi aktivis yang menaiki kapal pemerhati Summertime-Jong dan tidak memasuki Zon Merah berada dalam keadaan selamat selepas kapal mereka berlabuh di Pelabuhan Paphos, Cyprus.

Mereka ialah Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mazian Seman, Serieffa Mushtafa Albakry dan Ariff Budiman.