PM sembah maklum penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, lawatan Trump kepada Majlis Raja-Raja

Iklan
Anwar berucap pada Persidangan ASEAN mengenai Perkhidmatan Awam Sedia Masa Hadapan, di sebuah hotel pada Selasa. Foto Bernama

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja (MRR), termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi Selasa.

Anwar berkata, beliau turut menyembah maklum kepada MRR mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat pramajlis Raja-Raja biasa (mengenai) perkembangan-perkembangan semasa, termasuk lawatan Trump dan beberapa isu dasar, selain persiapan Belanjawan 2026,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan di sini pada Selasa.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata Perdana Menteri tidak dapat menghadiri sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat untuk menjawab dua soalan yang telah disenaraikan kerana dipanggil menghadap MRR.

Iklan

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Kuala Lumpur, dijangka menjadi penganjuran terbesar dalam sejarahnya sekali kali pertama diadakan pada tahun 1976.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Jumaat ini. - Bernama

Iklan