ATLAS Vending, SWCorp perkukuh usaha kitar semula dengan 50 Unit ECOPOD
Iklan
Dari kiri: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp, Ir. Zulkifli Tamby Chik; CEO SW CORP, Khalid Mohamed; CEO of Etika Sdn Bhd,Santharuban T. Sundaram dan Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd, Dr. Kalithasan Sothinathan bersama MoU yang telah ditandatangani
ATLAS Vending, anak syarikat Etika Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bertujuan menyatukan dua peneraju nasional dengan misi bersama memperluaskan infrastruktur kitar semula, memupuk tabiat lestari dalam kehidupan seharian dan menjadikan gaya hidup hijau lebih mudah diakses rakyat Malaysia.
Di bawah MoU tersebut, SWCorp akan memudahkan penempatan 50 unit ECOPOD daripada ATLAS Vending, mesin kitar semula (Reverse Vending Machine) yang diiktiraf Guinness World Records sebagai mesin paling nipis di dunia yang dilengkapi dengan sistem pemampatan tin.
Iklan
Iklan
ECOPOD akan ditempatkan di pasar-pasar, hospital, universiti dan Pusat (UTC), lokasi berimpak tinggi yang lazimnya sesak dan terhad ruang. Dengan reka bentuk kompak, ECOPOD sesuai dipasang di kawasan sebegini, , menjadikan kitar semula lebih mudah dan praktikal.
Ketua Pegawai Eksekutif SW CORP, Khalid Mohamed, mencuba mesin ECOPOD sambil diperhatikan Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd,Dr. Kalithasan Sothinathan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, Santharuban T. Sundaram berkata, kerjasama menandakan satu langkah penting dalam memacu ekonomi kitaran Malaysia.
“Dengan mengaitkan aktiviti kitar semula secara langsung kepada rangkaian produk Etika, ECOPOD memudahkan rakyat menjadikan penggunaan harian sebagai satu amalan lestari, menghabiskan minuman dan terus mengitar semula di tempat yang sama.
Iklan
“Matlamat kami bukan sahaja menyediakan penyelesaian pintar tetapi juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengubah tabiat serta meningkatkan kesedaran dan kadar kitar semula.
"Bersama-sama, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan membina budaya kelestarian yang berkekalan untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, kerjasama bersama ATLAS Vending ini merupakan contoh terbaik kolaborasi antara sektor awam dan swasta dalam memperkukuh ekosistem kitar semula negara.
“ECOPOD menyediakan platform interaktif kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk memupuk amalan kitar semula serta menyokong aspirasi kelestarian Malaysia,” katanya.
Tidak seperti mesin kitar semula konvensional yang biasanya memerlukan ruang tambahan untuk menempatkan mesin layan diri dan mesin kitar semula secara berasingan, ECOPOD menggabungkan kedua-dua fungsi dalam satu struktur yang padat sekali gus memberikan manfaat berganda tanpa kompromi.
Walaupun kecil, setiap ECOPOD mampu menampung sehingga 214 tin yang dimampatkan dan 70 botol pada suatu masa membuktikan bahawa reka bentuk pintar boleh menghasilkan kecekapan dan impak serentak.
Lebih menarik, ECOPOD turut menawarkan pengalaman mesra pengguna. Pengguna hanya perlu masukkan nombor telefon bimbit mereka untuk mula mengitar semula dan menebus kredit.
Pengguna yang mengitar semula produk Etika akan menerima kredit ganjaran segera yang boleh ditebus serta-merta melalui mesin layan diri ATLAS bersebelahan bagi mendapatkan minuman dengan harga diskaun, menjadikan amalan kitar semula bukan sahaja mudah tetapi juga menyeronokkan.
ECOPOD adalah inovasi buatan Malaysia yang direka dan dibina sepenuhnya di dalam negara dan membuktikan bahawa penyelesaian tempatan mampu menangani cabaran global.
Dengan menempatkan mesin-mesin di kawasan tumpuan awam, ATLAS dan SWCorp bukan sahaja menjadikan kitar semula lebih mudah diakses malah memperlihatkan bagaimana inovasi Malaysia dalam menyumbang kepada agenda kelestarian negara.
Kerjasama ini juga selari dengan Rangka Kerja Kelestarian Plastik 2021-2030 yang mengabungkan infrastruktur dengan penglibatan pengguna harian untuk membina tabiat kitar semula jangka panjang.
Sejak diperkenalkan pada Mei 2025, ECOPOD telah mendapat sambutan positif daripada orang ramai dan sektor korporat sekaligus menetapkan penanda aras baharu bagi sistem kitar semula yang berasaskan ruang terhad.
Kadar pengambilannya pantas, dengan ATLAS kini dijangka akan mencapai sasaran penempatan 100 unit ECOPOD dalam tahun pertama.
SWCorp turut memperkukuh momentum tersebut, mencerminkan komitmen Malaysia mempercepatkan usaha kelestarian melalui inovasi, kerjasama dan memartabatkan solusi tempatan.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.