JIM gempur pasar malam Klang, downtown Kajang

Iklan
Antara warga asing yang ditahan JIM dalam serbuan pada Isnin.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur tapak penjaja pasar malam di Klang dan bazar malam (downtown) Kajang yang dipercayai menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi pada Ahad.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi itu dijalankan hasil aduan awam dan risikan selama seminggu oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan serta Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Seramai 90 pegawai pelbagai pangkat terlibat dalam operasi berkenaan, dengan pemeriksaan dilakukan terhadap 884 individu terdiri daripada warga tempatan dan asing.

"Hasil pemeriksaan mendapati 97 warga asing membabitkan 72 lelaki dan 25 wanita berusia antara 18 hingga 62 tahun ditahan selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Zakaria berkata, PATI yang ditahan itu juga didapati memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh.

"Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang dan KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Beliau berkata, JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas di negara ini.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI," katanya.