Aktivis Britain 'hilang' di penjara Israel

Iklan
Zionis didakwa merampas bekalan ubat Ridley hingga menyebabkan keadaan kesihatannya merosot. - Foto Agensi

LONDON - Aktivis yang juga wartawan Britain, Yvonne Ridley yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan hilang selepas ditahan di penjara Israel.

Media memetik kenyataan sumber pada Ahad melaporkan, Ridley, 67, sepatutnya dipindahkan dari Tel Aviv ke Istanbul, namun hilang tanpa jejak ketika proses tersebut.

Iklan
Iklan

"Keberadaannya ketika ini tidak diketahui," jelas laporan itu.

Difahamkan, wanita itu bersama aktivis antarabangsa yang lain ditempatkan di Penjara Ketziot dan dinafikan akses kepada ubat-ubatan.

Iklan

Dia hanya diberikan akses kepada konsular pada Jumaat dan keadaan kesihatannya dikatakan amat membimbangkan.

"Keluarganya telah dimaklumkan tentang layanan buruk diterima Ridley. Zionis merampas bekalan ubatnya dan menggantikan dengan ubat lain. Tetapi, dia enggan mengambilnya," menurut laporan tersebut lagi.

Iklan

Wanita itu bersama hampir 500 aktivis dan pempengaruh dari puluhan negara menyertai misi bersejarah GSF yang bertujuan mahu memecahkan kepungan haram di Genting Gaza, namun kapal mereka dipintas sejurus memasuki zon merah. - Agensi