Keluarga tidak sabar menanti kepulangan Ustaz Mad Kecik

Iklan
Tangkap layar laporan berita antarabangsa yang memaparkan kelibat Ustaz Mad Kecik dalam siaran tersebut.

KUALA TERENGGANU - Keluarga kepada aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF), Muhamad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik, 32, melahirkan rasa lega selepas menerima perkembangan terbaharu mengenai ketibaan kumpulan itu ke Turkiye pada Sabtu.

Abang sulungnya, Mohd Faizul Abdullah, 40, berkata, dia dan keluarga juga tidak sabar untuk menyambut kepulangan adiknya itu yang telah menempuh perjalanan panjang sebelum kembali semula ke tanah air.

Iklan
Iklan

Menurutnya, buat masa ini semua ahli keluarga bertenang dan menunggu kenyataan rasmi daripada Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

"Setakat ini kami sekeluarga lega apabila ada perkembangan positif, namun masih menunggu kenyataan rasmi daripada SNCC.

Iklan

"Cuma, keluarga peserta GSF diminta agar tidak membuat sebarang pengesahan sendiri, sebaliknya menunggu makluman rasmi daripada pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mohd Faizul berkata, beliau baru tiba di Kuala Lumpur pada tengah hari Sabtu manakala ahli keluarga lain termasuk ibu serta tiga adiknya sudah pun berada di ibu negara itu sejak Jumaat.

Iklan

Katanya, kesemua ahli keluarga berada bersama di Kuala Lumpur bagi mengikuti rapat perkembangan semasa berhubung misi kemanusiaan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan sebuah pesawat yang membawa aktivis GSF yang diserang dan ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa, selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang Sabtu.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel itu tiba di Istanbul pada 3.50 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi.

Seramai 137 orang daripada flotila itu, termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba di Istanbul menerusi penerbangan berkenaan dan ketibaan mereka disambut oleh pegawai serta orang ramai di lapangan terbang.