Persembahan budaya eratkan hubungan Malaysia, New Zealand
Iklan
Majlis dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan berwarna-warni.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington meraikan Sambutan Hari Malaysia ke-62 di New Zealand dengan menganjurkan program kebudayaan Gemalai & Tenunan: ‘A Cultural Immersion’, sekali gus mengeratkan hubungan dua hala menerusi medium budaya dan seni.
Acara yang berlangsung di St James Theatre itu juga menjadi platform diplomasi budaya menghimpunkan pegawai kerajaan, wakil diplomatik, sektor swasta, pelajar dan komuniti rakyat Malaysia di New Zealand.
Iklan
Iklan
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki berkata, sambutan Hari Malaysia lebih dari sekadar memperingati sejarah negara malah, menjadi peluang untuk memperkukuhkan nilai kepelbagaian, ketahanan dan identiti bersama yang membentuk semangat perpaduan negara.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington meraikan Sambutan Hari Malaysia ke-62 di New Zealand dengan menganjurkan program kebudayaan Gemalai & Tenunan: ‘A Cultural Immersion’
Iklan
“Sambutan Hari Malaysia di New Zealand ini mengingatkan kita tentang persahabatan erat antara kedua-dua negara.
“Ia mencerminkan ikatan kukuh yang dibina atas nilai bersama, hubungan antara rakyat, serta visi sepunya demi keamanan, kemakmuran dan saling menghormati,” katanya dalam kenyataan.
Iklan
Turut hadir dalam program tersebut ialah wakil kerajaan New Zealand termasuk Duta Besar Grahame Morton; Menteri Komuniti Etnik dan Sukan, Mark Mitchell dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah.
Majlis yang berlangsung pada 25 September lalu itu dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan berwarna-warni melibatkan alunan muzik tradisional, tarian, silat, pameran seni kreatif dan hidangan masakan Malaysia yang memikat selera tetamu.
Peserta turut berpeluang menyelami gabungan tradisi dan kemodenan Malaysia melalui pameran serta ruang interaktif yang menampilkan keunikan identiti negara.
Sambutan ini turut menerima ucapan tahniah daripada wakil kerajaan dan diplomat antarabangsa yang mengiktiraf hubungan erat Malaysia–New Zealand dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perdagangan serta pertukaran budaya.
Acara berprestij itu sekali gus memperkukuh rasa kebersamaan dalam kalangan diaspora Malaysia di New Zealand, selain memperluaskan kefahaman silang budaya antara rakyat kedua-dua negara sahabat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>