Lima delegasi Malaysia selamat tiba, dua lagi di Jordan bantu pasukan perundangan

Iklan
Dr Sani Araby

SEPANG – [KEMAS KINI] Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kumpulan lima sukarelawan Malaysia bersama seorang wakil dari Brunei yang tidak meneruskan misi pelayaran bersama Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di ibu negara pada Khamis.

Mereka yang diterbangkan pulang ialah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan warga Brunei, Rezahmaisalamah Md Yusof

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, selain kumpulan itu, dua lagi peserta Malaysia berada di Amman, Jordan bagi membantu pasukan perundangan yang dilantik.

“Alhamdulillah, lima orang aktivis kita bersama seorang dari Brunei telah selamat sampai dan akan bersama SNCC untuk membantu fasa rundingan.

Iklan

“Dua lagi delegasi yang ditempatkan di Amman akan membantu kerja pasukan perundangan yang menjadi wakil rasmi,” katanya dalam sidang media di MAPIM Central Warehouse di sini pada Jumaat

Dr Sani Araby memaklumkan beliau sendiri sudah berjumpa dengan lima aktivis terbabit serta menyampaikan amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sudah bertemu keluarga 23 aktivis selama empat jam bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi tahanan.

“Perdana Menteri sendiri telah memberi komitmen untuk mengetuai usaha pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan bersama menteri luar dan barisan jemaah menteri.

“Komitmen ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan rundingan mencapai hasil secepat mungkin,” ujarnya.