KUALA LUMPUR - Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas, kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa suruhanjaya itu difahamkan Hunter telah ditahan pada 29 September di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan penahanan itu berkait rapat dengan kegagalan lelaki itu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.