SHAH ALAM – Orang ramai boleh mendapatkan Al-Quran Amazing dengan harga istimewa serendah RM100 sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang sedang berlangsung sehingga Ahad ini.
Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, lebih menarik lagi apabila pembelian dua naskhah dijual dengan harga RM150, berbanding harga asal RM145 senaskhah.
“Ini tawaran khas sempena Jualan Gudang Karangkraf yang berlangsung dari 26 September hingga 5 Oktober ini.
“Ini peluang untuk orang ramai dan pelanggan mendapatkan al-Quran lengkap dengan tafsir pada harga jauh lebih berpatutan,” katanya.
Beliau menjelaskan, Al-Quran Amazing didatangkan dalam edisi penuh dengan tafsir Ibnu Kathir dan terjemahan kata setiap baris bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Katanya, berbeza naskhah terjemahan biasa, edisi ini lengkap dengan nota tafsir terperinci.
“Al-Quran ini bercetak tebal dengan kulit keras berkualiti tinggi.
“Ia sesuai dijadikan bacaan peribadi atau hadiah kepada ahli keluarga atau sebagainya,” ujarnya.
Selain itu, katanya, pelanggan juga boleh memilih lima pilihan warna kulit ditawarkan.
“Pembeli boleh mengambil dua warna berbeza jika membeli dua naskhah.
“Pilihan warna ini memberi variasi kepada mereka yang mahu menjadikan al-Quran ini sebagai koleksi eksklusif,” jelasnya.
Roziyana berkata, selain edisi penuh, pihaknya turut menawarkan Al-Quran Amazing Perjilid pada harga RM145 berbanding harga asal RM210.
“Edisi berjilid ini juga sangat praktikal kerana memudahkan bacaan secara berperingkat,” tambahnya.
Dalam pada itu, Roziyana berkata, Jualan Gudang Karangkraf kali ini juga menawarkan pelbagai barangan lain termasuk perancang 2026 dengan potongan harga sehingga 20 peratus.
Perancang berwarna hadir dalam dua saiz iaitu B6 dan A5 dengan lima rekaan berbeza bagi setiap saiz menjadikannya pilihan menarik untuk pelajar.
Harga asal untuk saiz B6 ialah RM14 manakala A5 berharga RM18, namun sepanjang Jualan Gudang ini, ia boleh diperoleh pada harga masing-masing RM11 dan RM14.
“Perancang ini dilengkapi pelbagai fungsi seperti perancang mingguan, penjejak tabiat, senaman dan perancangan perbelanjaan yang membantu pengguna merancang aktiviti harian dengan lebih tersusun,” katanya.
Jualan Gudang Karangkraf 2025 di Kompleks Kumpulan Karangkraf dibuka bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.