11 penganut Hindu maut traktor terhumban ke dalam kolam di India

Iklan
Sekurang-kurangnya 11 penganut Hindu maut selepas traktor dinaiki terhumban ke dalam kolam di Madhya Pradesh, India. Gambar hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 11 penganut Hindu, termasuk ramai kanak-kanak perempuan, maut pada Khamis selepas traktor yang dinaiki mereka terhumban ke dalam sebuah kolam di negeri Madhya Pradesh, India tengah.

Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara perendaman patung Dewi Durga sempena perayaan Dussehra, menurut laporan media tempatan.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku ketika traktor itu diparkir di atas jambatan sementara di kawasan Pandhana, daerah Khandwa, kira-kira 290 kilometer dari ibu negeri, Bhopal.

Lebih dua dozen orang dilaporkan berada dalam traktor berkenaan.

Iklan

Operasi menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya 11 mayat telah ditemukan.

Sementara itu, dua kanak-kanak terbunuh dalam satu lagi upacara perendaman patung apabila traktor yang membawa 12 orang terhumban ke dalam Sungai Chambal di daerah Ujjain, Madhya Pradesh. - Bernama

Iklan