Nadir Al-Nuri terharu lihat rakyat Malaysia bangkit bela Palestin

Iklan
Muhammad Nadir. Foto Bernama

SHAH ALAM - Aktivis Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman meluahkan rasa terharu dan bangga terhadap rakyat Malaysia yang bangkit menyuarakan solidariti terhadap Palestin melalui himpunan aman di ibu negara.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) turut menyifatkan himpunan tersebut sebagai satu detik penuh emosi yang menggambarkan semangat luar biasa dalam memperjuangkan rakyat Gaza.

Iklan
Iklan

"Meremang bulu roma, menitik air mata melihat kalian berdemo di KL (Kuala Lumpur) dan seluruh negara. Dengan iklan seketika, di tengah waktu bekerja, kalian buktikan yang kita punya suara dan mampu menggegar dunia.

“ALLAHUAKBAR. Terima kasih dan tahniah, ini hari yang bahagia untuk saya setelah lebih sedekad berjuang untuk Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Israel yang menahan 23 rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF).

Mengesahkan perkara itu, Anwar berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawat dari Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi memaklumkan perkara tersebut.

Iklan