Nestlé lancar ‘Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama’, sahut dedikasi dan kegigihan rakyat

Iklan
Norkhayati (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama pengurusan Nestlé Malaysia yang menjayakan kempen 'Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama' di sebuah hotel di ibu kota pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Nestlé Malaysia melancarkan kempen 'Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama' sebagai usaha meraikan semangat rakyat Malaysia yang tidak pernah luntur dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan seharian.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, program itu turut memperkenalkan lagu tema, 'Kental Bersama' nyanyian penyanyi popular, Black Hanifah bagi menyuntik inspirasi nilai ketabahan, kekeluargaan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Norkhayati

"Inspirasi utama kempen 'Kekal Kental Bersama' itu adalah daripada semangat, dedikasi dan kegigihan rakyat sendiri.

Iklan

"Seperti kita tahu, rakyat Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran hidup termasuk dari segi ekonomi dan kos sara hidup.

"Jadi melalui inisiatif ini, kami mahu rakyat tahu bahawa Nescafé bukan sekadar produk. Ia adalah simbol bahawa kami sentiasa bersama anda, sama ada ketika senang atau susah,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran kempen Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.

Aranols (tengah) dan Norkhayati (dua dari kanan) bersama tiga personaliti 'Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama' iaitu Black, Dr Madhu serta Nurdilla bergambar dengan produk terbaharu, Nescafé Triple Shot, di sebuah hotel pada Rabu.

Ujar Norkhayati, selain Black Hanifah, dua lagi personaliti dipilih untuk mewakili wajah sebenar rakyat Malaysia iaitu Dr Madbusudhan Shammugam, 43, atau lebih dikenali sebagai ‘Teddy Bear Doctor’ dan pemandu e-hailing sepenuh masa, Nurdilla Zaini, 43.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka mempunyai kriteria tersendiri, menyebabkan mereka menjadi calon sesuai sebagai wajah penting bagi kempen tersebut.

“Black Hanifah dipilih kerana latar belakangnya yang penuh cabaran sebelum bergelar penyanyi, selain rendah hati dan mudah didekati, menjadikannya pasangan paling sesuai untuk kempen kali ini.

“Bagi Dr Madhu, meskipun penat beliau tetap membantu golongan gelandangan dengan memberi rawatan kesihatan. Sementara Nurdilla atau lebih dikenali Kak Dell pula, seorang pemandu e-hailing dan guru tuisyen yang masih mengejar impiannya untuk menjadi penulis.

“Kedua-duanya mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang tetap membantu orang lain walau berdepan kesusahan,” ujarnya.

Kata Norkhayati, majlis pelancaran kempen itu turut dimeriahkan lagi dengan pendedahan produk terbaharu, Nescafé Triple Shot, inovasi kopi paling berani menawarkan rasa lebih mantap dan sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia masa kini.

“Ramai rakyat Malaysia kini bekerja lebih daripada satu pekerjaan bagi menyara kehidupan. Mereka memerlukan kopi yang mampu memberi tenaga tambahan.

“Nescafé Triple Shot hadir sebagai jawapan kepada keperluan itu, dengan lebih kafein, lebih kopi dan rasa yang lebih kuat untuk membantu mereka terus berdaya saing,” jelasnya.