SHAH ALAM - Nadzmi Adhwa cemas apabila Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai isterinya, Ardell Aryana kini dalam situasi yang tidak diketahui.
Malah sesi siaran langsung Ardell Adyana menerusi TikTok juga sudah terhenti.
“Jantung aku tak pernah selaju ini,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Threads.
Difahamkan peserta GSF melaporkan sebilangan kapal dipercayai tentera Israel kini membentuk formasi di laut bagi menghalang laluan kapal membawa bantuan mendarat di perairan Semenanjung Gaza.
Malah Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby turut mengesahkan mereka
telah menerima 10 laporan dari kapal flotilla Malaysia bahawa ketika ini sedang berlaku formasi kapal perang regim Israel menghalang dan mengepung kawasan flotilla.
"Semua dimohon untuk mengikuti perkembangan sekarang melalui Flotilla Tracker dan Flotilla CCTV secara langsung," katanya dalam satu kenyataan ringkas.