Global Sumud Flotilla sudah melepasi Zon Merah 3 - PU Rahmat

Iklan
Tangkap layar hantaran video PU Rahmat.

SEPANG - Sebuah kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza sudah melepasi Zon Merah 3.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat yang merupakan antara sukarelawan terbabit dalam misi itu berkata, mereka kini berada 100 batu nautika dari Gaza.

Iklan
Iklan

"Kami sudah melepasi zon merah. Insya-ALLAH malam ini kami sampai dalam keadaan paling dekat dengan Gaza, 100 batu nautika. Langit Gaza telah berkongsi langit dengan kami. Kita akan sampai ke Gaza dan menurunkan bantuan.

"Tiga perkara kami nak ingatkan semua, kekal sumud, terus bising dan terus bersolidariti kerana semua perkara itu diambil kira oleh rejim zionis," katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Rabu.

Iklan
Iklan

Terdahulu, seramai 34 rakyat Malaysia menyertai Misi GSF bagi membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk memecahkan kepungan Israel.