KOTA BHARU - Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul yang parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya meninggal dunia pada jam 3.02 petang Rabu.
Perkara tersebut disahkan oleh bapa mangsa, Muhammad Badrul Rameli, 31, ketika dihubungi.
Iklan
Iklan
“Muhammad Ammar meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Ammar berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh pasukan perubatan di HPUSM di sini.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.